PENGIKUT

menyukai pon

Saturday, August 13, 2011

hidup mesti ada pegangan beb.


assalamualaikum....

selamat berpuasa di ucapkan.kita semua bakal menghampiri pertengahan ramadhan tak lama lagi.baguslah kalau nak tingkatkan amalan ye.kurangkanlah amalan mengumpat,bersangka buruk,maen mercun dan bagai-bagai lagi lah.belum lagi raya,dah ada kes orang kene mercun,so,raya tak berjari lah raya nanti.padan muke jawabnya..so,lebihkan mengaji sebab ramadhan adalah bulan turunnya kitab suci al-quran  :)

okay,memandangkan aku selalu berFB.macam-macam aku jumpe,komen,mengutuk dan mengumpat membe.tp takpe..nanti raya mintak maaf lah ye..sekarang ni ada something yang aku jumpa.rasanya sesuai untuk di jadikan pengajaran dan kita ni jangan asyik nak fikir negative kat sape-sape yang menjual or yang berniaga guna bakul ke apa bagai.tu semua effort diorang.so,layan citer nie.  :)




Hari itu selepas seminggu beraya di kampung, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar di sebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.

"Abang nak beli kuih?" katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya.

Tak apalah dik... Abang dah pesan makanan," jawap saya ringkas.
Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.


"Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya.

"Abang baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut.

Dia beredar, tapi cuma setakat di kaki lima. Sampai di situ, di meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya, "Tak nak beli kuih saya bang, pak cik, kakak atau makcik?"

Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan di hati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya.

Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumannya.

"Abang dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang." katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.

Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul perasaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.

"Ambil ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang beli kuih tu," Saya berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya. Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.

Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu.

"Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya.

"Kenapa adik berikan duit abang tadi pada pengemis tu? Duit tu abang bagi adik!" Kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.

"Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.

Saya sebak, sekaligus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.

"Abang nak beli semua ke?" Dia betanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata.

"RM25 saja bang."

Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.

macam mana???sejuk perut ibu mengandung kalau ada anak macam tu..mempunyai pegangan hidup yang kental tu.selagi mampu berusaha dia akan berusaha kerana dia punya upaya dan kekuatan.rezeki tu ada di mana-mana aje.tinggal rajin ngan malas aje.

Wednesday, August 3, 2011

BUKAN SENANG NAK SENANG,BUKAN SUSAH NAK SUSAH

assalamualaikum....

Pejam celik,pejam celik.ramadhan dah pon sampai.tanpa kita sedari semua tu menghampiri kita.nanti tak lama lagi tiba plak hari raya.sekarang ni,masa berlalu sangat pantas.semuanya rasa sekejap aje.ape pon,aku disni ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa.kepada sesiapa yang tak penuh puasanya,harap tahun ni lebih baik daripada tahun-tahun yang sudah.:)

memang aku agak slow nak update blog ni.masa tak banyak la..sori da...okay,cerita ni berlaku ari sabtu lalu,bersamaan 30 julai 2011.kalau tak silap aku seramai 67 orang kot.pegawai muda KTD telah ditauliah kan berpangkat leftenan.tahniah aku ucapkan kepada mereka.

bukan senang nak senang,bukan susah nak susah.tulah perkataan keramat.kepada sape-sape yang nak berjaya dalam hidup,aku rasa kata-kata azimat tu boleh lah korang pakai ye.lepas ni,mereka semua akan pergi ke unit-unit yang telah ditentukan.ada gak yang akan memberanikan diri untuk join KOMANDO.aku doakan semoga korang berjaya.insyallah kalau ada kemampuaan aku pon akan join 1 hari nanti.tapi jiwa aku lebih kepada PARA r beb..hehe :)

pape pon,tahniah kepada korang semua dan selamat maju jaya dalam hidup yang mendatang ni...

awal pagi lagi dah sampai

leftenan artileri faris

leftenan najib artileri

dewan seribu 1 kenangan.banyak cerita pasal dewan ni

pegawai muda

ramd?

brader AFAT

lastly,mereka ni adalah membe-membe aku dari RMC.tak ramai yang tahu RMC tu ape.tapi aku bangga menjadi salah seorang penuntut disana.aku belajar erti hidup disana.walaupon hanya 2 tahun,tapi itulah yang mematangkan aku.aku mengenal dunia dan segalanya.erti pengorbanan,sahabat,kerjasamanya.semuanya bermula dari sana.

Sunday, July 24, 2011

the tunelari

assalamualaikum....

sudah lama aku tak update blog.malas+penat+bosan+xde masa.

ni cerita tentang suppot our local art..lama gak aku tak terlibat dengan benda-benda nie.last aku join benda-benda nie masa form 5.masa tu memang layan abes r.skang nie just slow-slow lah ye.dah tak zaman sangat katekan.agpon mana ada masa dah tok tu smua.so,lex-lex aje.layan sikit-sikit udah le..

sedikit kisah tentang band THE TUNELARI ni....




THE TUNELARI MULA BERGIAT AKTIF DALAM UNDERGROUND SCENE PADA TAHUN 2007 DAN KINI MASIF AKTIF BERMAIN GIG DAN LIVE SHOW DI SEKITAR TERENGGANU, MELAKA, KUALA LUMPUR DAN LAIN-LAIN. PERNAH MENYERTAI ROAD TO ROCK THE WORLD DI IPOH . TERDIRI DARIPADA 5 GENG IAITU
ALONG (VOC) ,IWANG (DRUM),AMNGOH (LEAD) ,SERAH (RYTHEM),
DAN RAKAN-RAKAN YANG TURUT SERTA DALAM PELBAGAI FUNGSI. MATLAMAT AGAR DAPAT TERUS BERMAIN UNTUK TELINGA YANG DAHAGAKAN RENTAK KAMI. CHEERS :)
okay,
iwang(drummer) tu membe aku.sebab dia gak lah aku layan sikit-sikit pasal band-band underground nie.mule-mule aku rasa macam hampeh gak band-band nie.tapi biler aku layan n dengar cerita macam mana diaorang survive and bawak lagu-lagu diaorang tu aku jadi tertarik glo.bukan senang diorang nak naek tau.slow-slow and sebab peminat diorang stay and teruskanpejuangan bersama-sama lagu diaorang..



so,bagi aku band nie memang bes.ngan lagu yang sempoi.lex-lex aje.senang citer sedap r kalo dengar.lagu fav aku tu ha..SALAH SIAPA..kalau korang dengar t korang komen sendiri lah ye...and this the SALAH SIAPA promo video.layan okay...

 


for more info korang bolah lah layan:

http://www.on9fm.net/thetunelari

SUPPORT OUR LOCAL ART


Tuesday, June 28, 2011

mana adik beradik saya?

assalamualaikum..

ahad lalu aku agak kecewa sebanarnya..ak ingatkan ramai yang akan hadir sempena majlis Old Putera-Present Putera(OPPP).tp hampeh.ada beberapa orang aje budak-budak batch aku yang aku jumpe.mana yang laen we??tak kan dah lupa jalan nak mai sini da...

ada gak yang baru balik dari oversea.balik bercuti .tapi tak semua yang nampak muka.mungkin masing-masing sibuk ngan hal-hal kat sini.takpe r we..ada tu datang siap bawak tunang lg da..bertunang pon tak bercakap.kejut woooo..aku harap next year ramai yang datang dan memeriahkan suasana kat sini..

event OPPP akan mengingatkan aku tentang cerita kat sekolah menengah dulu..menengah lah sangat??haha..biasa r,ada kenangan manis,kenangan pahit tu plak mmg confirm lah banyak kan.tapi tu semua mengajar aku menjadi lebih dewasa dan mematangkan aku.cewah...hahaha..

biler aku usha-usha folder kt laptop aku.aku terjumpa ha gambo-gambo lame.gambo kenangan ni weh..bukan banyak mana gambar masa dulu-dulu.tapi cukuplah untuk aku ingat "adik beradik" aku kat sekolah menengah dulu..:)

kalau tak silap ni masa opa talk kat bangunan opa.sekitar passing out

ni plak pas orentasi rasanya..haha..lupa-lupa ingat da.

ni time bler ntah..lupe2!!

adik beradik aku.bekas drummer the tunelari.

sukan sekolah.kau ada?

ni plak family besar.charlie company

yang ini lagend!!serius!!


BERKHIDMAT,MEMIMPIN